Status dan pemberitahuan
Ikon pada bar status memaklumkan anda tentang peristiwa seperti mesej baru dan
pemberitahuan kalendar, aktiviti yang sedang berjalan seperti muat turun fail, dan
maklumat status seperti paras bateri dan kekuatan isyarat. Anda boleh menyeret bar
status ke bawah untuk membuka panel Pemberitahuan dan mengendalikan
pemberitahuan anda. Selain itu, anda boleh memperibadikan ikon dan pemberitahuan
dengan memilih ikon sistem yang hendak dipaparkan dalam bar status dan memilih
aplikasi yang dibenarkan untuk menghantar pemberitahuan.
22
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk membuka atau menutup panel Pemberitahuan
Untuk bertindak terhadap pemberitahuan
•
Ketik pemberitahuan.
Untuk menolak pemberitahuan dari panel Pemberitahuan
•
Letakkan jari anda pada pemberitahuan dan kuis ke kiri atau kanan.
Untuk mengosongkan semua pemberitahuan daripada panel Pemberitahuan
•
Ketik
Kosongkan.
Lampu pemberitahuan
Lampu pemberitahuan memaklumkan anda tentang status bateri dan beberapa peristiwa
lain. Sebagai contoh, lampu putih berkelip bermaksud terdapat mesej baru atau
panggilan terlepas.