Sony Xperia E4g - Membuat panggilan

background image

Membuat panggilan

Anda boleh membuat panggilan dengan mendail nombor telefon secara manual, dengan

mengetik nombor yang disimpan dalam senarai kenalan anda atau dengan mengetik

nombor telefon dalam paparan log panggilan anda. Anda boleh juga menggunakan ciri

dail pintar untuk mencari nombor dengan cepat daripada senarai kenalan dan log

panggilan anda. Untuk membuat panggilan video, anda boleh menggunakan aplikasi

pemesejan segera dan perbualan video Hangouts™ pada peranti anda. Lihat

Pemesejan segera dan chat video

pada halaman 65 .

1

Buka senarai kenalan anda

2

Lihat entri log panggilan anda

3

Lihat kenalan kegemaran anda

4

Lihat semua kumpulan kenalan yang disimpan pada peranti anda

5

Padamkan nombor

6

Pad dail

7

Lihat lebih banyak pilihan

8

Butang panggilan

9

Sembunyikan atau tunjukkan pendail

Untuk membuat panggilan dengan mendail

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Telefon.

3

Masukkan nombor penerima dan ketik .

Untuk membuat panggilan menggunakan dail pintar

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Telefon.

3

Gunakan pad dail untuk memasukkan huruf atau nombor yang sepadan dengan

kenalan yang anda mahu hubungi. Senarai kemungkinan padanan kelihatan

apabila anda memasukkan setiap huruf atau nombor.

4

Ketik kenalan yang anda mahu hubungi.

49

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk membuat panggilan antarabangsa

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Telefon.

3

Sentuh terus 0 sehingga tanda “+” kelihatan.

4

Masukkan kod negara, kod kawasan (tanpa sifar pertama) dan nombor telefon,

kemudian ketik .

Untuk menambahkan nombor dail terus pada Skrin utama anda

1

Sentuh terus pada bahagian kosong pada Skrin Utama sehingga peranti bergetar

dan menu penyesuaian kelihatan.

2

Dalam menu penyesuaian, ketik

Aplikasi > Jalan pintas.

3

Tatal senarai aplikasi dan pilih

Dail terus.

4

Pilih kenalan dan nombor yang hendak digunakan sebagai nombor dail terus.

Menunjukkan atau menyembunyikan nombor telefon anda

Anda boleh memilih untuk menunjukkan atau menyembunyikan nombor telefon anda

pada peranti penerima panggilan apabila anda menghubungi mereka.

Untuk menunjukkan atau menyembunyikan nombor telefon anda

1

Dari Skrin Utama, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Panggilan > Tetapan tambahan > ID Pemanggil.