Ingatan dan storan
Peranti anda mempunyai pelbagai jenis pilihan ingatan dan storan.
•
Storan dalaman adalah kira-kira
4.5 GB dan digunakan untuk menyimpan kandungan
yang dimuat turun atau dipindahkan bersama-sama tetapan dan data peribadi.
Beberapa contoh data yagn disimpan pada storan dalaman ialah tetapan penggera,
kelantangan dan bahasa; e-mel; penanda buku; peristiwa kalendar; foto; video dan
muzik.
•
Anda boleh menggunakan kad ingatan boleh tanggal dengan kapasiti storan sehingga
32 GB untuk mendapatkan lebih banyak ruang storan. Fail media dan sesetengah
aplikasi (dengan datanya) boleh dialihkan ke ingatan jenis ini untuk mengosongkan storan
dalaman. Sesetengah aplikasi, contohnya aplikasi Kamera, boleh menyimpan data
secara langsung ke kad ingatan.
•
Memori dinamik (RAM) adalah kira-kira
1 GB dan tidak boleh digunakan untuk storan.
RAM digunakan untuk mengendalikan aplikasi yang berjalan dan sistem pengendalian.
Anda mungkin perlu membeli kad ingatan secara berasingan.
Baca selanjutnya tentang penggunaan ingatan dalam peranti Android dengan memuat turun
Kertas putih untuk peranti anda di
www.sonymobile.com/support
.
Mempertingkat prestasi ingatan
Ingatan dalam peranti anda cenderung untuk penuh daripada penggunaan biasa. Jika
peranti mulai perlahan atau aplikasi ditutup secara tiba-tiba, anda hendaklah
mempertimbangkan perkara berikut:
•
Sentiasa mempunyai storan dalaman kosong melebihi
250 MB dan RAM kosong yang
tersedia melebihi
100 MB.
•
Tutup aplikasi yang berjalan jika tidak digunakan.
•
Kosongkan ingatan cache untuk semua aplikasi.
•
Nyahpasang aplikasi yang dimuat turun yang tidak anda gunakan.
•
Alihkan aplikasi ke kad memori jika storan dalaman penuh.
•
Pindahkan foto, video dan muzik dari ingatan dalaman ke kad ingatan.
•
Jika peranti anda tidak dapat membaca kandungan pada kad ingatan, anda mungkin
perlu memformat kad itu. Sila ambil perhatian bahawa semua kandungan pada kad akan
dipadamkan apabila anda memformatnya.
Untuk melihat status ingatan
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Storan.
121
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk melihat jumlah RAM yang bebas dan digunakan
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Aplikasi > Berjalan.
Untuk mengosongkan ingatan cache bagi semua aplikasi
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan >Storan.
3
Ketik
Data cache > OK.
Apabila anda mengosongkan ingatan cache, anda tidak kehilangan sebarang maklumat
penting atau tetapan.
Untuk memindahkan fail media ke kad memori
1
Pastikan anda mempunyai kad memori yang dimasukkan ke dalam peranti anda.
2
Dari Skrin Utama anda, ketik .
3
Cari dan ketik
Tetapan > Storan > Pindahkan data ke kad SD.
4
Tandakan jenis fail yang anda mahukan untuk dipindahkan ke kad memori.
5
Ketik
Pemindahan.
Untuk memindahkan aplikasi ke kad ingatan
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Aplikasi.
3
Ketik aplikasi yang ingin dipindahkan, kemudian ketik
Pindahkan ke kad SD.
Sesetengah aplikasi tidak boleh dipindahkan ke kad ingatan
Untuk menghentikan aplikasi dan perkhidmatan daripada dijalankan
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Aplikasi > Berjalan.
3
Pilih aplikasi atau perkhidmatan, kemudian ketik
Henti.
Untuk memformatkan kad memori
1
Daripada Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Storan > Hapuskan data kad SD.
3
Untuk mengesahkan, ketik
Hapuskan data kad SD > Padam semua
Semua kandungan pada kad memori dipadamkan apabila anda memformatkannya. Pastikan
anda membuat sandaran semua yang anda mahu simpan sebelum memformat kad memori.
Untuk membuat sandaran kandungan, anda boleh menyalinnya ke komputer. Untuk maklumat
lanjut, lihat