Pengehadan kepada perkhidmatan dan ciri
Sesetengah perkhidmatan dan ciri yang diterangkan dalam Panduan pengguna ini tidak
disokong di semua negara/rantau atau oleh semua rangkaian dan/atau pembekal
khidmat dalam semua kawasan. Tanpa pengehadan, ini juga digunakan untuk Nombor
Kecemasan Antarabangsa GSM, iaitu 112. Sila hubungi pengendali rangkaian atau
pembekal khidmat anda untuk menentukan ketersediaan sebarang perkhidmatan atau
fungsi khusus dan sama ada akses atau bayaran penggunaan tambahan dikenakan.
Penggunaan ciri dan aplikasi tertentu yang diterangkan dalam panduan ini mungkin
memerlukan akses kepada Internet. Anda boleh dikenakan caj sambungan data apabila
anda menyambung ke Internet dari peranti anda. Hubungi pengendali rangkaian
wayarles anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.